Profil Pengarah

profil1PENGARAH/PENGERUSI

YB USTAZ DATO’ HAJI MOHD AMAR BIN HAJI ABDULLAH

 

Dilahirkan pada 29 Julai 1959 di Jalan Hulu Kota yang kini merupakan tapak Wisma Hasil Dalam Negeri Kota Bharu dan merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku Ibrahim. Bonda Dato’ Nik Amar merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Long Zainal Abidin Bin Sultan Muhammad III.

Dididik dengan disiplin Islam yang ketat sejak kecil oleh ayahandanya serta bersama-sama tinggal dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor yang diasaskan oleh datuknya. Dalam masa yang sama beliau bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 – 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (Master of Philosophy) di University of Birmingham, England. (1985 – 1988)

Sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat dari 1983 hingga 1995. Beliau juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

Pada Mei 2013, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah/Pengerusi PMBKD pada 01 Januari 2014.

 

 

gceo

 

PENGARAH EKSEKUTIF

YBRS. TN. HJ. ABDUL RASHID BIN MOHD. YUSOFF

 

Dilahirkan pada 06 Disember 1955, merupakan seorang individu yang berkeperibadian yang amat sederhana, mudah didekati dan sentiasa memberikan senyuman.

Mempunyai pengalaman kerja melebihi 31 tahun, kebanyakannya dibidang perakaunan, pengauditan, pelaburan dan kewangan sejajar dengan bidang pendidikan yang dipilih iaitu Perakaunan dari Insitutut Teknologi Mara (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara).

Memulakan kerjaya beliau seawal usia 23 tahun di Hanafiah Raslan & Mohamed (sekarang dikenali sebagai Ernst & Young) selama 4 tahun dengan jawatan akhir sebagai Audit Senior. Beliau meneruskan kerjaya di Kompleks Kewangan Industries Sdn. Bhd. selaku Akauntan dan pada tahun 1985, beliau menyertai Patco Malaysia Bhd sebagai Pengarah Urusan Kumpulan selama 12 tahun, seterusnya dipindahkan ke anak syarikat Rumpun Hijau Capital Bhd sebagai ‘Senior Vice President’ selama 3 tahun.

Pada Oktober 2000, beliau menyertai Autoair Holdings Berhad dengan jawatan akhir beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan/Pengarah Eksekutif dan jawatan akhir beliau sebelum bersara adalah Executive Director, Finance and Corporate Planning di Ace Polymers Group of Companies.

Pelbagai pencapaian yang dicapai disepanjang kerjaya beliau, antaranya, membantu syarikat mendapat keuntungan jutaan ringgit dalam satu transaksi saham, mencatat jutaan ringgit dalam pendapatan jualan dan mengurangkan kos syarikat serta menyelesaikan jutaan kerugian dengan jayanya.

Sebelum menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) secara tetap, beliau merupakan penasihat dalaman kumpulan PMBK.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah sekaligus dilantik sebagai Pengarah Eksekutif PMBKD pada 10 April 2016.

 

 

datosuk

PENGARAH

YBRS DATO’ HAJI NAZRAN BIN MUHAMMAD

 

Dilahirkan pada 10 Mac 1961, merupakan seorang individu yang berwibawa, berkeperibadian tegas dan teliti dalam melaksanakan tugas namun tidak lokek dalam senyuman.

Sebelum beliau memegang jawatan terkini iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, beliau telah diberi kepercayaan dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Tanah & Galian Kelantan di Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan, Pegawai Daerah di Gua Musang dan juga Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Berkelulusan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2007 dan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Diploma in System (Analysis Komputer).

Beliau teleh dianugerahkan pelbagai anugerah Kebesaran Persekutuan/Negeri, antaranya Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (D.P.S.K.), Paduka Setia Mahkota Kelantan (P.S.K.), Bentara Setia Mahkota Kelantan (B.S.K.) dan Seri Kelantan  (S.K.).

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 27 Ogos 2017.

 

 

PENGARAHProfil4

YB AZAMI BIN MOHD NOR

Lahir pada 18 Oktober 1957, yang mana sekarang beliau berusia 58 tahun dan menetap di PT 787 Jalan Puteri Saadong, Mukim Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan & Kebajikan Negeri Kelantan.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Kadok, Kota Bharu Kelantan).

Mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang Penilaian Hartanah yang mana beliau memiliki syarikat beliau sendiri iaitu Azami & Co.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 16 Februari 2012.

 

tPENGARAH

SR DR MOHD MAZLAN HJ CHE MAT, JMK, CVM

FRISM, FIVMM-Life, FMIM, MIVMA (Australia), MCIM (UK), Reg. QS

Dilahirkan pada 31 Ogos 1959, beliau mempunyai sifat semulajadi yang gemar kepada ilmu dari kecil.

Beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan memperolehi Diploma dan Ijazah dalam Ukur Bahan, seterusnya mendapat tajaan dari UTM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (MBA) di University of Stirling, Scotland, United Kingdom di bawah skim tenaga pengajar UTM pada tahun 1989. Pada 2006, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Value of Management dari Universiti Teknologi Mara.

Pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi dalam bidang akademik, penyelidikan, perkhidmatan masyarakat dan perundangan, antaranya,  semasa beliau di Scotland, beliau menjadi “Member of the Chartered Institute of Marketing”, di University of Canberra Australia, beliau dianugerahkan “Member of The Institute of Value Engineering Australia”, (Orang Pertama Bukan Warganegara Australia) dan antara yang termuda mendapat gelaran Professor Madya pada usia 33 tahun di UTM.

Beliau pernah memegang jawatan Professor Madya  dan mengetuai Jabatan Ukur Bahan di Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia dengan berlatar belakangkan Ukur Bahan dan ‘Value Management’. Selain daripada itu, beliau pernah bekerja di Petronas dan Jabatan Kerja Raya dari 1981 – 1984.

Penglibatan dan sumbangan besar beliau dalam ‘Value Management’ di dalam pelbagai sektor antaranya seperti Unit Perancang Ekonomi, Institusi Pengajian Tinggi, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airports Holding Berhad telah membantu menjimatkan jutaan perbelanjaan kerajaan mahupun swasta.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 01 Mac 2015.

 

Drizani1

 

PENGARAH

YB DR. HJ. IZANI BIN HUSIN

 

Beliau dilahirkan pada 24 Januari 1963 di Kampung Tebing Tinggi, Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Islah, Maktab Sultan Ismail diperingkat menengah dan menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia  bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Am pada tahun 1989.

Sesuai dengan ijazah yang diperolehi, beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejurus tamat pengajian sehingga pada tahun 1993 dan menyertai Merican Dispensary (Klinik Merican Dato’ Dr. Izani) sehingga 1996. Beliau akhirnya membuka klinik beliau sendiri, Klinik Dr. Izani pada tahun 1996 sehingga kini.

Dalam pada itu, beliau  turut menjadi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam dari 1995-2004 dan 2008-2011. Beliau diberi kepercayaan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dibeberapa agensi antaranya, PMBK Sawit Sdn. Bhd. Binaraya, KPK, Kelkon, Kel Stone dan HostKel.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah PMBKD pada 19 November 2018.