Lagenda Tunjong

 

Lagenda Tunjong merupakan projek yang dibangunkan oleh PMBKD secara usahasama dengan syarikat Sara-Timur Urban Development Sdn Bhd. Syarikat ini telah berjaya menyiapkan projek mega seumpama ini iaitu di Sutra Harbour, Sandakan dan juga pembangunan sisir pantai di Kota Kinabalu.

Dengan keluasan tanah seluas 40 ekar dan kedudukan tapak projek ini yang hanya 5km daripada pusat bandar Kota Bharu, ianya dirancang dengan teliti untuk menjadi sebuat pusat komuniti urban yang serba lengkap dan moden.

Lagenda Tunjong akan menempatkan pembangunan seperti Che Siti Village Mall, Lagenda Galleria Mall, Event & Leisure Center, Lagenda Park, Prima Lagenda Apartmen, hotel dan kondominium mewah.

home_thumb2