Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PMBK Development Sdn. Bhd.
PMBKDPMBKDPMBKD
or 09-747 7997
admin@pmbkd.com.my
Kelantan

YB. DATO’ DR. IZANI BIN HUSIN

Pengarah

YB. DATO’ DR. IZANI BIN HUSIN

Beliau dilahirkan pada 24 Januari 1963 di Kampung Tebing Tinggi, Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Islah, Maktab Sultan Ismail diperingkat menengah dan menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Am pada tahun 1989.

Sesuai dengan ijazah yang diperolehi, beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejurus tamat pengajian sehingga pada tahun 1993 dan menyertai Merican Dispensary (Klinik Merican Dato’ Dr. Izani) sehingga 1996. Beliau akhirnya membuka klinik beliau sendiri, Klinik Dr. Izani pada tahun 1996 sehingga kini.

Dalam pada itu, beliau turut menjadi Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam dari 1995-2004 dan 2008-2011. Beliau diberi kepercayaan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dibeberapa agensi antaranya, PMBK Sawit Sdn. Bhd. Binaraya Sdn Bhd, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), Kelkon Sdn Bhd, Kel Stone Sdn Bhd dan HostKel.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah PMBKD pada 19 November 2018.