Lahir pada 18 Oktober 1957 dan menetap di PT 787 Jalan Puteri Saadong, Mukim Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Kini, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastuktur, Pengangkutan dan Utiliti Kerajaan Negeri Kelantan yang dilantik pada 2018.
Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Kadok, Kota Bharu Kelantan). Mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang Penilaian Hartanah yang mana beliau memiliki syarikat beliau sendiri iaitu Azami & Co.
Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 16 Februari 2012.