Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PMBK Development Sdn. Bhd.
PMBKDPMBKDPMBKD
or 09-747 7997
admin@pmbkd.com.my
Kelantan

YB USTAZ DATO’ HAJI MOHD AMAR BIN HAJI ABDULLAH

Pengarah / Pengerusi

YB USTAZ DATO’ HAJI MOHD AMAR BIN HAJI ABDULLAH

Dilahirkan pada 29 Julai 1959 di Jalan Hulu Kota yang kini merupakan tapak Wisma Hasil Dalam Negeri Kota Bharu dan merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku Ibrahim. Bonda Dato’ Haji Mohd Amar merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Long Zainal Abidin Bin Sultan Muhammad III.

Dididik dengan disiplin Islam yang ketat sejak kecil oleh ayahandanya dan bersama-sama tinggal serta mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor yang diasaskan oleh datuknya. Dalam masa yang sama beliau bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 – 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (Master of Philosophy) di University of Birmingham, England. (1985 – 1988).

Sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat dari 1983 hingga 1995. Beliau juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

Pada Mei 2013, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah/Pengerusi PMBKD pada 01 Januari 2014.