SRI KELANTAN, PUTRAJAYA
Sri Kelantan merupakan sebuah bangunan milik kerajaan negeri yang berperanan sebagai pejabat dan kediaman rasmi untuk pegawai kerajaan negeri Kelantan. Bangunan yang telah siap dibina ini bertempat di Putrajaya iaitu di bersebelahan dengan bangunan Seri Perdana. Kelantan satu-satunya negeri yang telah berjaya membina projek di kawasan yang dikhaskan untuk Kerajaan Negeri di Malaysia.